PERATURAN PENGGUNAAN PSS (GURU)

Guru-guru yang masuk ke pusat sumber mesti merekodkan data kemasukan ke dalam fail yang disediakan.

Guru-guru yang membawa masuk pelajar, diminta mengawasi pelajar supaya tidak membuat bising, mencuri dan menyelerakkan buku serta bahan-bahan pusat sumber.


Guru-guru yang ingin meminjam buku atau bahan P&P mesti merekod peminjaman di dalam fail peminjaman buku atau bahan (kategori guru) yang disediakan di kaunter sirkulasi.

Tempoh peminjaman buku atau bahan sama seperti tempoh peminjaman oleh pelajar iaitu selama 1 minggu sahaja.

Sila pastikan pelajar tidak mengubah kedudukan bahan-bahan pameran yang dipamerkan.

Sila pastikan kelengkapan dan kemudahan yang digunakan oleh pelajar disusun dan dikemas semula seperti asal.